Kuala Lumpur | Jumaat 23 Julai 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan lagi Tindakan Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutun Kuala Lumpur (WPKL) pada 16 Julai hingga 22 Julai 2021.
Melalui Ops Patuh DBKL kali ini, sebanyak 434 buah premis / syarikat telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Sebanyak 10 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta 342 kerana pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
DBKL telah membuat 3 tindakan penutupan premis (sealed), di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 melibatkan 3 buah premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral (urutan seks) serta tindakan sita pelbagai barangan seperti kondom, minyak pelincir, video rekoder. Turut dilaksanakan tindakan sita terhadap penjaja warganegara asing dalam Ops ini.
DBKL turut mengeluarkan 38 notis kompaun pelbagai kesalahan iaitu:-
1. 2 notis kompaun Seksyen 107(5), Akta Kerajaan
Tempatan 1976;
2. 8 notis kompaun UUK 3(1);
3. 24 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK
Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian
(WPKL) 2016;
4. 2 notis kompaun UUK 22(1)(b), UUK Petempatan
Makanan (WPKL) 2016; dan
5. 2 Notis kompaun UUK 5, UUK Iklan (WPKL) 1982.
Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Warga kota digalakkan untuk terus menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak DBKL melalui atas talian seperti link yang telah disediakan:-



