Anggota Penguatkuasa DBKL Guna Teknologi Body Camera

KUALA LUMPUR, 15 September 2020 – Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertugas di lapangan telah mula mengaplikasikan penggunaan ‘body camera’ sebagai inisiatif integriti dalam mengekang salah laku di kalangan anggota penguatkuasa mahupun salah laku orang awam.

Ketika ini lima buah body camera telah menjadi perintis dan mula digunapakai sebelum ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun ini. Penggunaannya akan diperluas dan ditambah lagi pada tahun hadapan, kata Datuk Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam Sidang Media bersempena Perbarisan dan Sambutan Hari Penguatkuasa DBKL ke-51 hari ini di Ibupejabat JPK, Jalan Tun Razak.

Penggunaan gajet ini diharap dapat membantu mengurangkan salah laku dan salah anggap oleh anggota penguatkuasa serta orang awam ketika melaksanakan tugas.

ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN