Anggota Penguatkuasa DBKL Terima Surat Penghargaan Daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 11 Januari 2021 – A/5867 Muhammad Fared bin Yusof, anggota Penguatkuasa Jabatan Penguatkuasaan DBKL hari ini menerima surat penghargaan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur atas sifat kejujuran beliau sewaktu menjalankan tugas.
 
Penghargaan kejujuran beliau telah dinyatakan oleh Encik Yeung Yip Jeun atas sikap amanah anggota berkenaan yang telah berusaha memulangkan kembali dompet miliknya yang tercicir pada 9 Disember 2020 lalu.
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota berkenaan yang telah menyimpan dan menjaga semua dokumen dan barang berharga di dalamnya sehingga dipulangkan semula ketangan beliau dalam keadaan sempurna.t
ms_MYMS