Asean Mayor Forum

Telah berlangsung pada 29 Jun 2021 (Selasa; 11:30 pagi – 1:15 tengahari waktu Kuala Lumpur ) ASEAN Mayor Forum (secara atas talian) yang membincangkan topik ‘Local Governments Initiatives Impact – The Regional Global Agenda on Climate Sensitive Urban Sustainable Development’.
 
Forum ini adalah anjuran United Cities and Local Govenrments Asia-Pacific (UCLG ASPAC).
 
Objektif forum ini adalah untuk meningkatkan intergrasi perlindungan iklim yang berkesan dengan membentangkan kes-kes mengenai tindakan terhadap perubahan iklim dan melokalisasikan sumbangan Penentu Nasional (National Determined Contributions)-NDCs.
 
Pembentang yang terlibat dalam forum ini adalah :
1. Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri Mahadi Che Ngah;
2. Dr. Bima Arya Sugiarto, Datuk Bandar Bogor, Indonesia;
3. Ms. Madelaine Alfelor-Gazmen, Datuk Bandar Iriga, Filipina;
4. Mr. Suriya Yeekhun, Datuk Bandar Prik, Thailand;
5. Mr. Marten Taha, Datuk Bandar Gorontalo, Indonesia; dan
6. Mr. Huang Dingxi; Professorate Senior Planner, Vice President & Secretary General of Guangzhou Urban Planning Association, China.
 
Manakala moderatornya adalah Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi, Setiausaha Agung UCLG ASPAC.
 
Antara intipati yang dibentangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam forum ini adalah berkaitan bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menguruskan bandar dengan menitikberatkan iklim pembangunan lestari.
 
DBKL amat komited untuk menjadikan bandar raya Kuala Lumpur ini dinamik, lestari, berdaya saing dan pada masa yang sama adil dan sejahtera untuk semua termasuk warganya.
ALI_2289
ALI_2285
ALI_2259
ALI_2294
Skip to content