Bakti Dikenang Sepanjang Masa

Menara DBKL 1, 18 Februari 2021 – YBhg. Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah sudi untuk menyampaikan sumbangan ‘food basket’ kepada veteran-veteran Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) secara ‘drive thru’ di perkarangan Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
 
Akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, golongan ini juga tidak terkecuali menerima tempiasnya.
 
Menyedari akan ini, DBKL terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur bagi meringankan beban harian mereka.
 
Jika dibandingkan sumbangan besar mereka ketika berkhidmat untuk negara sebelum ini, sumbangan ini bagaikan tidak tertanding.
 
Namun atas dasar prihatin dan bagi mengenang jasa mereka adalah diharap sumbangan ini dapat memastikan bahawa mereka masih di hati kita semua.
 
Sejumlah 300 orang veteran telah memerima sumbangan ‘food basket’ pada hari ini yang bernilai RM100 setiap satu.
 
Sumbangan ini turut dijayakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan KK Super Mart.
Bakti_Dikenang_Sepanjang_Masa2
Bakti_Dikenang_Sepanjang_Masa1
Bakti_Dikenang_Sepanjang_Masa3
Bakti_Dikenang_Sepanjang_Masa4
Skip to content