Bandar Raya Berkembar Dengan Kuala Lumpur : Chennai, India

Kerajaan Malaysia diwakili oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kerajaan India diwakili oleh Corporation of Chennai telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 25 November 2010 dengan Hasrat untuk memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama di antara dua bandar raya tersebut. Antara kandungan Memorandum Persefahaman adalah seperti berikut: –           

i) Mengadakan kajian dan aktiviti bersama dalam bidang pengurusan bandar;

ii) Pertukaran kepakaran;

iii) Perkongsian maklumat, pengalaman, pengetahuan dalam kolaborasi melalui program latihan, seminar dan lawatan;

iv) Mengadakan dialog dan mesyuarat bagi membincangkan isu yang mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua bandar raya.

Skip to content