Bandar Raya Berkembar Dengan Kuala Lumpur : Casablanca, Morocco
Hubungan kerjasama antara Bandaraya Kuala Lumpur dengan Bandaraya Casablanca, Morocco diusul oleh Naib Datuk Bandar Casablanca, Mr, Ahmad Kadiri semasa beliau melawat Kuala Lumpur pada Januari 1989. Cadangan mewujudkan Bandaraya Berkembar melalui Memorandum Persefahaman (MoU) telah dipersetujui oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 12 Januari 1990. Hasrat (Letter of Intent) mewujudkan Bandaraya Berkembar telah ditandatangani pada 31 Mei 1991. Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Casablanca & Kuala Lumpur telah ditandatangani pada 11 Julai 1992 di Casablanca. Antara kandungan Memorandum Persefahaman adalah seperti berikut:-
i) Pertukaran kepakaran di dalam pengurusan bandaraya;
ii) Perdagangan & pelancongan;
iii) Pentadbiran dan informasi;dan
iv) Kebudayaan & kesenian, belia dan sukan