Bandar Raya Berkembar Dengan Kuala Lumpur : Melaka, Malaysia
Kerjasama bandar raya Kuala Lumpur dan Melaka ditandatangani pada 15 April 1989 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Melaka. Antara kandungan hubungan kerjasama adalah: –
i) Menjalin dan memajukan bersama bidang-bidang yang termaktub di dalam pelan tindakan untuk kepentingan penduduk masing-masing;dan
ii)Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial & kebudayaan, belia & sukan serta perniagaan & pelancongan.