Bandar Raya Berkembar Dengan Kuala Lumpur : Osaka, Jepun

Perjanjian “Business Partner City” antara Kuala Lumpur dan Osaka telah ditandatangani pada 10 Ogos 1989 di Osaka. Walaubagaimanapun, memandangkan isu perdagangan diterajui Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE, agensi di bawah MITI – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), MATRADE dan Osaka menandatangani persetujuan kerjasama pada tahun 1994. Antara kandungan kerjasama adalah bersama meningkatkan dan menggalakkan hubungan ekonomi khususnya dalam bidang Industri kecil dan sederhana (business partner city affiliation) dan menggalakkan hubungan persahabatan dan kebajikan antara wargakota Kuala Lumpur dan Osaka.

Skip to content