Bas Elektrik Dan Laluan Baharu Bas GOKL

  1. Bermula pada 1 November 2021 perkhidmatan bas GOKL berimej baru dengan menggunakan satu (1) buah bas elektrik. Pada februari 2022 perkhidmatan bas GOKL akan menggunakan 24 buah bas elektrik di sekitar Kuala Lumpur.

  2. Rekabentuk dan warna baharu balutan luar badan bas GOKL merupakan perubahan kepada imej baru Perkhidmatan bas GOKL.

  3. Warna biru dan hijau dengan mambawa maksud kesegaran alam semulajadi.

  4. Manakala unsur Hijau dan putih membawa maksud kepada zero emission, bersih dan kesegaran.

  5. Sasaran Kuala Lumpur 2030 menjurus kearah pengurangan karbon. Dijangkakan menjelang 2023 perkhidmatan bas GOKL akan menggunapakai hampir keseluruhan laluan dengan penggunaan bas elektrik sepenuhnya.
Skip to content