Bas Percuma GOKL – Laluan Coklat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan beberapa laluan Bas Percuma GOKL sebagai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang dipercayai, mudah diakses, selamat, selesa dan percuma di sekitar Kuala Lumpur.
 
Pelbagai laluan strategik telah diperkenalkan bagi memudahkan pergerakan warga kota, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kadar pelepasan gas karbon di ibu kota.
 
Kali ini Laluan Coklat telah diperkenalkan sebagai Bas Percuma GOKL yang bermula dari Seksyen 10 dan berakhir di LRT Sri Rampai. Terdapat 34 hentian di sepanjang Laluan Coklat. Tambah menarik lagi, warga kota juga dapat berkunjung ke AEON Big Wangsa Maju dan Wangsa Walk dengan menggunakan perkhidmatan bas ini.
 
Operasi Bas Percuma GOKL Laluan Coklat akan bermula pada 31 Disember 2020 dari jam 6 pagi hingga 11 malam.
 
Orang ramai diminta sentiasa mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal, pemakaian cecair pembasmi kuman dan sentiasa memakai pelitup muka.
Skip to content