Bengkel Bazar Ramadan (BR) 2022 dan Wilayah Bebas Berniaga (WBB)

Telah berlangsung satu bengkel mengenai Bazar Ramadan 2022 & WBB pada 4-7 November 2021 anjuran Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.
Selain disertai oleh beberapa jabatan dalaman DBKL di bengkel ini, turut terlibat adalah agensi sahabat seperti MKN, PDRM dan KKM.
 
Bengkel bertujuan untuk membuat penambaikan dan mengenalpasti kelompongan yang ada dalam pelaksanaan WBB. Persediaan untuk BR 2022 juga dibentangkan bagi mengenalpasti dan menangani permasalahan yang bakal dihadapi terutama dalam tempoh pandemik ini.
 
Bengkel telah dirasmikan pembukaannya oleh YBrs. Tuan Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL.
 
Turut mendengar dan memberi pandangan dalam bengkel ini ialah YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Mohd Rafique Ahli Lembaga Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur.
 
Bengkel telah berakhir dengan pelbagai dapatan dan penemuan bagi tujuan penambahbaikan bagi kedua-dua aktiviti ini.
 
DBKL mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang telah bertungkus lumus mencambah ilmu dan menzahirkan pendapat dalam bengkel ini.
250942427_421978209490874_7171129736087339403_n
252083313_421977839490911_1331502171030302808_n
252375242_421978409490854_1111063048394191326_n
252732669_421977879490907_5830823829989673102_n
Skip to content