Bersama Ke Arah Bandar Karbon Neutral

Sekitar lawatan YBhg. Datuk Seri Hj.Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke beberapa Kebun Kejiranan Bandar Local Agenda 21 Kuala Lumpur. Dua dari lima kebun yang dilawat hari ini adalah antara kebun yang disenarai pendek dalam Anugerah Kejiranan Hijau 2021.
 
Beliau memuji semangat yang ditunjukkan oleh semua komuniti yang terlibat dalam bersama-sama melestarikan kawasan hijau di kawasan masing-masing dengan lebih optimum.
 
Esok, beliau akan melawat ke beberapa lagi lokasi Kebun Kejiranan Bandar bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk memberi sokongan kepada wakil-wakil komuniti ini yang mewakili Kuala Lumpur.
 
Kiraan undian melalui like di fb PlanMalaysia terus memberikan saingan sengit diantara peserta sehingga undian ditutup pada pukul 5 petang esok.
241784113_2720474014912414_1261753805232362772_n
241798179_2720474294912386_4979622610337238952_n
241813888_2720474728245676_5294476882952662367_n
241755058_2720474178245731_1948421454826988333_n
ms_MYMS