Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran DBKL. Justeru itu, bagi mereka yang telah tamat tempoh perkhidmatannya, jasa mereka sudah pastinya amat dihargai dan malam tadi telah diadakan Majlis Sanjungan Budi bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala khusus bagi meraikan Ahli Lembaga Penasihat yang berkhidmat pada sesi 2020-2022 dan telah tamat tempoh perkhidmatan mereka.
Seramai 12 orang mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur telah diraikan iaitu YBhg. Tan Sri Mazlan Bin Mansor, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Mohd Rafique , YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, YBhg. Datuk Rajah A/L Symon, YBhg. Datuk Nicole Wong Siaw Ting, YBhg. Dato’ Tpr. Dr. Dolbani bin Mijan, YBhg. Dato’ Shabaruddin bin Ibrahim, dan YBrs. Tuan Hj. Azhar bin Hj Yahya, YBhg. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, YBhg. Datuk Jason Lau Beng Wei dan YBhg. Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Bin Yahya.
Majlis dihoskan oleh YBhg. Datuk Sr Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Eksekutif, Ahli-ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur serta ketua-ketua jabatan DBKL.