Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjalankan 150 cabutan kerja undi secara dalam talian melalui Facebook ‘Live’ DBKL.
 
YBhg. Datuk Seri Hjh Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan memulakan cabutan diikuti oleh YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah – Pengarah Eksekutif DBKL dan agensi berkaitan.
 
YBhg. Dato’ Amran Mohamed, Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, dan Encik Tukiman Radion, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F turut mengikuti sesi ini dan bertindak sebagai pemerhati sepanjang sesi ini berlangsung.
 
Cabutan kerja undi secara dalam talian ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bersama DBKL sebagai mengambil langkah proaktif Kerajaan bagi melaksanakan Inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) menangani kesan Covid-19 untuk memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi Negara.
CabutanKerjaUndiSecaraDalamTalianDBKL
CabutanKerjaUndiSecaraDalamTalianDBKL1
CabutanKerjaUndiSecaraDalamTalianDBKL2
CabutanKerjaUndiSecaraDalamTalianDBKL4
Skip to content