Covid-19 Diperangi, Deepavali Dirai

KUALA LUMPUR, 12 November 2020 – Meskipun kita masih berperang dengan wabak Covid-19, perayaan pesta cahaya tetap akan disambut dengan sederhana.
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dengan kerjasama KKMart telah meraikan 100 keluarga miskin bandar dengan memberikan sumbangan sempena sambutan Deepavali.
Setiap keluarga menerima food basket bernilai RM100, sumbangan wang tunai RM50 dan pelitup muka.
 
Uniknya, acara penyerahan sumbangan ini dilakukan secara pandu lalu bersesuaian dengan seruan pematuhan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
 
Sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Santhara Kumar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Sosio-ekonomi DBKL.
sumbangan-deepavali-2020-1
sumbangan-deepavali-2020-3
sumbangan-deepavali-2020-2
sumbangan-deepavali-2020-4
Skip to content