Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Seoul City Sinkhole Exploration Team

Semalam, selepas pertemuan bersama Datuk Bandar Seoul, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah berpeluang mengikuti pasukan Seoul City Sinkhole Exploration bagi melihat kaedah yang diguna oleh bandar Seoul untuk meneliti keadaan bawah tanah.

Dalam sesi lawatan tersebut, beliau diperkenalkan kepada teknologi Ground Penetrating Radar (GPR) yang dipasang pada kenderaan khas, membolehkan pengesanan ruang bawah tanah dengan berkesan. Teknologi ini menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengesan struktur dan kaviti sedalam dua meter di bawah permukaan.

Ujian GPR ini dijalankan selama lapan jam di luar waktu puncak, sementara data yang dikumpulkan mengambil masa sehari untuk dianalisis.

Hasil daripada data-data tersebut akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan bawah tanah dan mencegah sebarang insiden yang tidak diingini.

 

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Seoul City Sinkhole Exploration Team
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Seoul City Sinkhole Exploration Team
Previous Kunjungan Hormat Kedutaan Azerbaijan Kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

7729425
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

13-01-2025
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Seoul City Sinkhole Exploration Team

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Seoul City Sinkhole Exploration Team
Skip to content