Datuk Bandar Kuala Lumpur Sertai International Forum On SDGs For Regional Revitalization 2021 Secara Atas Talian

Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Haji Mahadi bin Che Ngah hari ini (14 Januari 2021) telah menyertai International Forum on SDGs for Regional Revitalization 2021 anjuran Cabinet Office, Government of Japan yang dilangsungkan secara atas talian.
 
Pembentangan melalui platform atas talian ini telah berlangsung pada jam 12.00 tengah hari-1.20 petang.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur telah membentangkan tajuk mengenai ‘Kuala Lumpur in the SDGs and new normal Covid-19’.
 
Ahli-ahli panel lain yang turut sama dalam pembentangan ini adalah H.E. Hiroshi Kameyama, Datuk Bandar Ishinomaki, H.E. Pereric Hogberg, Duta Sweden di Jepun, dan Mr. Junichi Fujino, Penyelidik Utama dan Pengarah Program Pasukan Bandar Raya Institute for Global Environment Strategies (IGES).
 
Sesi ini telah dikoordinasikan oleh Mr. Shuzo Murakami, Presiden Institute for Building Environment and Energy Conservation (IBEC).
 
Dua topik telah dibincangkan dalam sesi ini iaitu status terkini untuk mempergiatkan promosi Sustainable Development Goals (SDGS) : Amalan dunia dan Arah revitalisasi serantau: tren terkini kerjasama awam dan swasta.
int_forum_sdg_1
int_forum_sdg_3
int_forum_sdg_2
int_forum_sdg_4
ms_MYMS