Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur atas penganugerahan Nona Superwoman Award 2024 yang telah disampaikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, dalam sebuah majlis penuh gilang-gemilang yang diadakan di M World Hotel, Petaling Jaya pada hari ini.
Nona Superwoman Award adalah sebuah anugerah yang mengiktiraf keupayaan wanita dalam mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan. Anugerah ini diberikan kepada tokoh-tokoh wanita yang telah menunjukkan kepimpinan dan pencapaian luar biasa dalam bidang masing-masing.
Anugerah ini dianugerahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan atas pencapaian beliau sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta jasa dan sumbangan besar beliau semasa menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan Ketua Pengarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur atas pengiktirafan yang diterima. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja DBKL untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecemerlangan organisasi.



