Datuk Bandar Lancar Surau Bergerak Dan Rapid Response Vehicle (RRV)

DBKL hari ini memperkenalkan produk baharu , surau bergerak dan Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilancarkan oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur di perkarangan Menara DBKL1, Jalan Raja.
 
Surau bergerak ini merupakan hasil ubahsuai oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL daripada sebuah pejabat bergerak. Kemudahan ini akan diletakkan di lokasi yang sesuai dan digunakan oleh orang ramai di program-program luaran DBKL.
 
RRV merupakan kenderaan yang digunakan oleh Skuad Kecemasan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bagi menyelesaikan aduan yang diterima seperti pokok tumbang, tumpahan minyak dan haiwan berbisa.
 
Setiap RRV dilengkapi dengan peralatan khas seperti chain saw, kapak, habuk papan dan pakaian anti lebah yang digunakan dalam menyelesaikan aduan yang diterima.
Turut hadir ke majlis ini ialah YBrs Tuan Khairul Anuar bin Mhd. Juri, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.
305934633_634388388249854_7761090271211334589_n
307696639_634388284916531_214061233903002434_n
308508075_634388614916498_7926973338411338652_n
305476007_634388361583190_7856515465802231235_n
Skip to content