Datuk Bandar Mempengerusikan Mesyuarat Closing The Loop Plastic Marine Waste Action Plan

Pada 10 Jun, Datuk Bandar telah mempengerusikan mesyuarat Closing The Loop Plastic Marine Waste Action Plan, di mana DBKL bersama-sama UNESCAP, Urbanice Malaysia, KPKT, IGES dan Japan Space System, telah menyediakan laporan dan pelan tindakan bagi menjadikan Kuala Lumpur “Zero Plastic Leakage Kuala Lumpur” menjelang 2030.
 
Pelan Tindakan yang sudah siap dirangka ini dijangka akan menbantu DBKL dan agensi-agensi sahabat, serta semua stakeholders memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, bagi memastikan alam sekitar kita terjaga dan bersih dari pembuangan sampah plastik.
 
Bagi menjayakan visi Kuala Lumpur Zero Plastic Leakage by 2030, sangat penting untuk orang ramai memahami kepentingan pelan tindakan ini dan tanggungjawab mereka dalam menyumbang kepada usaha mengurangkan pembuangan sampah plastik, terutamanya.
 
Usaha ini merupakan usaha dalam memenuhi hasrat Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) bagi:
 
Matlamat 11 – Bandar dan Masyarakat Mampan;
Matlamat 12 – Penggunaan dan Pengualaran Bertanggungjawab
Matlamat 14 – Kehidupan Dalam Air
 
Besar harapan DBKL agar semua warga Kuala Lumpur dan pengunjung ke Kuala Lumpur untuk turut terlibat secara proaktif dalam menjayakan usaha murni ini.
286393485_562182522137108_5749048746547623222_n
285991549_562182565470437_3166759407207295305_n
285912296_562182672137093_6275723480270099609_n
285870920_562182595470434_4571581113913804345_n
Skip to content