Datuk Bandar Tinjau Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus

YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur meluangkan masa meninjau Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus pada awal pagi ini.
 
Program Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus telah diusahakan oleh komuniti setempat secara sukarelawan sejak tahun 2017 melalui program LA21 KL.
 
Sebanyak 10 plot kebun yang melibatkan 10 pihak berkepentingan dan terdiri daripada pihak swasta, institusi pendidikan , persatuan penduduk berdekatan dan badan bukan kerajaan (NGO’s) turut terlibat dalam program ini.
 
Turut hadir Pengarah JPRB , pegawai-pegawai kanan DBKL dan Pengerusi Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus yang turut berbincang mengenai tindakan bagi menaiktaraf dan menambahbaik Kebun Kejiranan Bandar ini supaya lebih tersusun, cantik dan memberi manfaat kepada komuniti yang terlibat juga secara tidak langsung kepada warga Kuala Lumpur.
280459679_539932797695414_5773306068779170376_n
280214530_539932874362073_839631388364623568_n
280411786_539933001028727_8513756761475015944_n
280483725_539932837695410_1140460944548889612_n