Datuk Bandar Tinjau Mangsa Kebakaran Di Jalan Ikan Emas

Cheras, 17 September 2020 – Dato’ Nor Hisham bin A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur tengahari ini meninjau keadaan mangsa dan rumah panjang Jalan Ikan Emas yang terbakar pada awal pagi ini.

Seramai 5 keluarga iaitu 4 India dan 1 Melayu terlibat dalam insiden ini merangkumi 20 orang yang berlaku pada jam 4:30 pagi.

Beliau telah bertemu mangsa kebakaran yang ditempatkan sementara di Pusat Komuniti Sri Pulau Pinang sebelum ditempatkan ke penempatan baharu setelah segala urusan selesai.

Penempatan kekal untuk mangsa-mangsa ini adalah di PA SERI MELAKA, PA SRI JOHOR 4AB dan PA SRI JOHOR 4C. Unit rumah panjang yang terbakar akan dirobohkan dan dibiarkan lapang.

Mangsa kebakaran juga telah menerima bantuan kewangan RM500 daripada DBKL dan RM500 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan manakala bantuan peralatan, kebersihan diri serta keperluan makanan sehingga selesai berpindah ke penempatan baharu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN