YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur pada hari ini bersama wakil jabatan dalaman DBKL serta pihak Alam Flora telah mengadakan sesi spot check bagi meninjau tahap kebersihan dan keindahan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Antara aspek yg dilihat pada sesi kali ini adalah seperti tahap kebersihan dan fasiliti tandas awam dan tahap keindahan di kawasan sekitarnya.
Kawasan-kawasan yang ditinjau adalah tandas awam di belakang Perpustakaan Kuala Lumpur, tandas awam di Dataran Merdeka, tandas awam Wisma Bumi Raya berdekatan Kompleks Pertama dan Tandas Awam Jalan Sultan Ismail.
Selain itu, Datuk Bandar dan pegawai DBKL turut mengutip sampah di sekitar kaki lima di kawasan terbabit.
Kebanyakan sampah yang dikutip merupakan bekas makanan dan minuman yang telah dibuang oleh segelintir pejalan kaki dan pengemudi kenderaan.
DBKL menyeru kepada warga kota agar tidak membuang sampah di kali lima dan bersama-sama menjaga fasiliti awam seperti tandas awam demi kebaikan bersama.
Ini bagi menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang bersih dan indah.