Datuk Bandar Umum Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat KL 2022

YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini mempengerusikan satu Sidang Media dengan mengumumkan Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat KL 2022. Pelan ini antara lainnya menerangkan tentang langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan oleh DBKL bagi menangani banjir kilat di Kuala Lumpur.
 
Selain telah mengenalpasti kawasan-kawasan hotspot banjir kilat, pelan ini juga meliputi langkah tindakan jangka pendek dan jangka panjang.
 
Beliau juga menyeru kerjasama daripada semua pihak, warga kota dan pembekal utiliti untuk sama-sama menjayakan pelan tindakan ini seperti tidak membuang sampah ke dalam longkang dan tidak menjadikan longkang sebagai laluan utiliti seperti kabel dan paip. Aktiviti dan perilaku seperti itulah yang dikenalpasti sebagai salah satu penyumbang kepada banjir kilat di bandar raya Kuala Lumpur.
 
DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL untuk memantau situasi banjir kilat bagi menangani isu ini dari terus berlaku.
280294347_539864744368886_6356392340064592001_n
279625655_539864664368894_5599133486574060879_n
280093785_539864874368873_8025242807829853545_n
279444740_539864704368890_8603943101852188844_n