DBKL Bantu Tingkatkan Simpanan Darah

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2020 – DBKL pada pagi ini telah menganjurkan kempen menderma darah sempena dengan Sambutan Hari Penguatkuasa yang ke-51.
 
YBhg. Datuk Haji Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah sudi hadir dan turut sama menderma darah yang diadakan di Lobi Menara 3, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini turut dihadiri oleh Pengarah – Pengarah Eksekutif DBKL, serta Pegawai-Pegawai Kanan DBKL.
 
Program anjuran Jabatan Penguatkuasaan DBKL dengan kerjasama Pusat Tabung Darah Negara ini merupakan acara tahunan bagi membantu menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara di samping meningkatkan kesedaran kepentingan menderma darah.
 
Hampir 156 penderma termasuk orang awam telah menyertai program pada pagi ini yang berakhir pada jam 2:00 petang.
ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN