DBKL Kompaun 3 Premis, 2 Individu dan Tutup 2 Aktiviti Perniagaan Langgar Syarat Lesen dan Tidak Patuh SOP PKP 3.0

Kuala Lumpur | Rabu 28 Mei 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ), melalui Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Premis Perniagaan Yang Dikendalikan Warga Asing, Langgar Syarat Lesen dan Tidak Patuh SOP PKP 3.0 di tiga buah lokasi berasingan iaitu di Viva Home Mall Jalan Loke Yew, Plaza Sungai Wang Bukit Bintang dan Jalan Telawi Bangsar, Kuala Lumpur pada lewat petang semalam.
 
Menerusi pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh DBKL terhadap 6 buah premis perniagaan perabut, aksesori pakaian dan restoran mendapati premis-premis tersebut mengunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran yang sah (warga negara Bangladesh).
 
Tindakan penguatkuasaan serta merta telah dilakukan dengan menutup (sealed) terhadap 2 buah premis tersebut di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta telah mengeluarkan 1 notis kompaun kepada pemilik premis kerana mengajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan dan Tred 2016 , 2 notis kompaun di bawah UUK 3(1), undang-undang yang sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen (tamat tempoh).
 
3 notis kompauan menerusi Peraturan 16, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melibatkan kesalahan terhadap pemilik premis dan individu yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan dengan membenarkan premis beroperasi dan pelanggan makan dan minum selepas tempoh waktu yang dibenarkan beroperasi (jam 9.45 malam).
 
Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
 
Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:
 
DBKL_Kompaun_3_Premis2
DBKL_Kompaun_3_Premis3
DBKL_Kompaun_3_Premis4
DBKL_Kompaun_3_Premis5
ms_MYMS