DBKL Kompaun 3 Premis dan Tutup 5 Aktiviti Perniagaan Langgar Syarat Lesen

Kuala Lumpur | Rabu 20 Mei 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ), terdiri daripada sepasukan anggota penguat kuasa dari Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Premis Perniagaan Yang Dikendalikan Warga Asing dan Langgar Syarat Lesen di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur pada petang semalam.
 
Menerusi risikan awal dan pemeriksaan yang dilakukan, DBKL telah mengenalpasti 5 premis perniagaan pakaian borong tanpa lesen dan mengunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran yang sah ( warga negara Bangladesh ).
 
Tindakan penguatkuasaan telah dilakukan dengan menutup (sealed) serta merta ke atas 5 buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta telah mengeluarkan 1 kompaun kepada pemilik premis kerana mengajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan dan Tred 2016 , 2 notis kompaun di bawah UUK 3(1), undang-undang yang sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.
 
Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL.
 
Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:
 
DBKL_Kompaun_3_Premis_dan_Tutup_5_Aktiviti
DBKL_Kompaun_3_Premis_dan_Tutup_5_Aktiviti_1
DBKL_Kompaun_3_Premis_dan_Tutup_5_Aktiviti_2
DBKL_Kompaun_3_Premis_dan_Tutup_5_Aktiviti_4
ms_MYMS