Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan telah melaksanakan Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) Siri 12/2023 di Jalan Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur bermula 10.00 malam pada 15 September 2023 (Jumaat) dan berakhir pada jam 2.00 pagi tadi.
Hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguatkuasa DBKL di lima (5) buah premis perniagaan restoran / pub berkenaan, DBKL mendapati premis-premis turut mengadakan aktiviti hiburan melibatkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.
Tindakan penutupan (sealed) serta merta terhadap dua (2) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 4 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan 3 notis kompaun kerana Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran dan 1 notis kompaun kerana Premis Tiada Lesen Beroperasi di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta 2 notis kompaun Tiada Lesen Iklan dibawah UUK 5(1) Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982.
12 pelbagai peralatan muzik/premis di sita melibatkan penutupan 2 buah premis berkenaan dan barangan sitaan terdiri daripada mixer sound, digital mixing, speaker, monitor, komputer riba dan lain-lain. Barangan dan peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.
Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dilokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



