DBKL Periksa 170 Premis, Tutup 3 Premis dan Kompaun 33 Pemilik Premis Dalam Tempoh Seminggu

Kuala Lumpur | Isnin 2 Ogos 2021 –Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) terus melaksanakan Tindakan Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada 23 Julai hingga 31 Julai 2021.
 
Melalui Ops Patuh DBKL dalam tempoh ini, sebanyak 170 buah premis / syarikat telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
 
Ops adalah untuk memastikan tiada pelanggaran Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.
 
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 16 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
DBKL turut membuat serbuan ke atas 4 buah premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral (urutan seks). Tindakan penutupan 3 buah premis telah dibuat melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta 1 premis diberikan 1 notis kompaun Seksyen 29 Akta Hotel WPKL 2003, termasuk tindakan sita pelbagai barangan seperti cctv, monitor, kondom, minyak pelincir, video rekoder.
 
DBKL juga telah mengeluarkan 16 notis kompaun pelbagai kesalahan iaitu 9 notis kompaun UUK 3(1) dan 3 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016, 4 notis kompaun UUK 22(1)(b), UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
 
Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
 
Warga kota boleh menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:-
 
DBKL_Periksa_170_Premis,_Tutup_3_Premis
DBKL_Periksa_170_Premis,_Tutup_3_Premis1
DBKL_Periksa_170_Premis,_Tutup_3_Premis2
DBKL_Periksa_170_Premis,_Tutup_3_Premis4
Skip to content