DBKL Periksa 359 Premis, Tutup 11 Premis dan Kompaun 38 Pemilik Premis Dalam Ops Patuh

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Tindakan Khas Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bermula pada 2 Julai hingga 8 Julai 2021.
 
Melalui Ops Patuh ini, sebanyak 359 buah premis / syarikat telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti perniagaan restoran, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi pematuhan Akta 342, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan kesalahan lain di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.
 
Sebanyak 16 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
DBKL turut membuat 11 tindakan penutupan premis (sealed), 1 premis menerusi Akta 342 dan 10 premis melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan mengeluarkan 38 notis kompaun pelbagai kesalahan iaitu:-
 
1. 7 notis kompaun UUK 3(1);
2. 28 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016;
3. 1 notis kompaun Seksyen 107(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976;
4. 1 notis kompaun UUK 5, UUK Iklan WPKL 1982; dan 5. 1 notis kompaun Seksyen 29 Akta Hotel WPKL 2003.
 
Ops Patuh ini akan diteruskan dari semasa kesemasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
 
Warga kota diminta untuk terus bekerjasama dengan menyalurkan sebarang aduan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:-
 
SOPDBKLSerbu
SOPDBKLSerbu1
SOPDBKLSerbu2
SOPDBKLSerbu3
Skip to content