DBKL Serbu 4 Buah Premis serta Kompaun 2 Individu Yang Gagal Patuhi SOP PKP 3.0 serta Langgar Syarat Lesen

Kuala Lumpur | Sabtu 19 Jun 2021 –Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap 4 Buah Premis dan 2 Individu Yang Gagal Patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta Langgar Syarat Lesen di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur pada lewat malam tadi.
 
Menerusi operasi pematuhan, DBKL telah membuat pemeriksaan terhadap 4 buah premis yang menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan perniagaan borong buah-buahan, sayuran, barangan am sejuk beku termasuk premis yang mengunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran yang sah serta individu yang gagal mematuhi SOP PKP 3.0.
 
6 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Peraturan 16, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melibatkan kesalahan terhadap 4 pemilik premis/syarikat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan dengan tidak mematuhi waktu operasi premis perniagaan yang telah ditetapkan dan 2 notis kompaun terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar semasa memasuki premis.
 
Tindakan penguatkuasaan juga melibatkan pengeluaran 1 kompaun kepada pemilik premis kerana mengajikan pekerja warganegara Myanmar tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan dan Tred 2016.
 
Tindakan penguatkuasaan ini merupakan operasi kali ketiga di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
 
DBKL turut mengingatkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan individu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) agar sentiasa mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
 
Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga tamat tempoh PKP dikuatkuasakan.
 
Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:-
 
DBKL_Serbu_4_Buah_Premis_serta_Kompaun_2_Individu_Yang_Gagal_Patuhi_SOP_PKP
DBKL_Serbu_4_Buah_Premis_serta_Kompaun_2_Individu_Yang_Gagal_Patuhi_SOP_PKP1
DBKL_Serbu_4_Buah_Premis_serta_Kompaun_2_Individu_Yang_Gagal_Patuhi_SOP_PKP2
DBKL_Serbu_4_Buah_Premis_serta_Kompaun_2_Individu_Yang_Gagal_Patuhi_SOP_PKP3
ms_MYMS