DBKL Sita Dan Roboh Gerai Peniaga Asing

DBKL hari ini, 24 September 2020 (Khamis) telah bertindak menyita dan meroboh 2 gerai perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di Jalan 1/23E Taman Setapak Indah dan Jalan Jernai 1.
 
Dengan kekuatan 16 anggota, operasi telah bermula pada jam 11 pagi dengan menguatkuasakan tindakan di bawah UUK3(1)
Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016 – Warga Asing (Indonesia).
 
Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh DBKL. Salurkan aduan anda ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL jika ada maklumat mengenai warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan.
ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN