DBKL Terus Bertindak Terhadap Peniaga Warga Asing

Pada 31 Julai 2021 (Sabtu) DBKL meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing di sekitar Kg. Baru dan Kg. Datuk Keramat.
 
Dengan kekuatan 17 orang anggota Jabatan Penguatkuasaan dan kakitangan Pejabat Cawangan Titiwangsa sejumlah 5 tindakan diambil di kawasan Kg. Baru iaitu di Jalan Hamzah, Jalan Raja Muda Musa dan Pesiaran Sg. Baru. Manakala di Jalan Datuk Keramat, 1 tindakan diambil.
 
4 notis kesalahan dikeluarkan iaitu 3 notis di bawah UUK 20(1)(b) kerana menggajikan warga asing sebagai pekerja dan 1 notis di bawah UUK3 (2) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.
 
Turut diambil 5 tindakan sita dan tutup premis di bawah Akta 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan 1 sitaan di bawah UUK3(1) UUKPPG2016.
 
Sisatan dan semakan oleh DBKL mendapati warga asing ini menyewa daripada warga tempatan dengan kadar sewa RM500 – RM1000 sebulan bergantung kepada keluasan tapak.
 
Tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Wargakota diminta bekerjasama untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti ini secara dalam talian di adukl dbkl.gov.my.
DBKL_Terus_Bertindak
DBKL_Terus_Bertindak1
DBKL_Terus_Bertindak2
DBKL_Terus_Bertindak3
Skip to content