Bahagian Penguatkuasaan Selatan 1 (Parlimen Bukit Bintang), Jabatan Penguatkuasaan DBKL pada 20 Februari 2021 (Sabtu) telah mempergiatkan rondaan dan pemantauan dalam Ops Covid-19 di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Dengan kekuatan 3 Pegawai dan 6 anggota, pemantauan di sekitar Bukit Bintang dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam telah mengesan satu premis restoran makanan MK BEST CURRY HOUSE yang terletak di Jalan Inai, melalui Jalan Imbi Kuala Lumpur dikendalikan oleh dua orang warga asing (2 lelaki – Myanmar dan India).
Sehubungan itu, Premis tersebut telah diambil tindakan penutupan (sealed) di bawah Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.