DBKL Teruskan Tindakan Terhadap Warga Asing

Kuala Lumpur, 30 Julai 2021- DBKL pada 29 Julai 2021 meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing di sekitar Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
 
Dengan kekuatan 8 anggota, tindakan sita dan pindah halangan ke atas aktiviti peniagaan melibatkan warga negara asing (warga Indonesia) serta penggunaan pembantu gerai tanpa kebenaran sah telah dilaksanakan.
 
Menerusi pemantauan dan tindakan susulan terhadap peniaga yang beroperasi sekitar kawasan Jalan Raja Alang melibatkan penjaja makanan, minuman dan premis perniagaan, DBKL telah membuat tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga negara asing.
 
2 buah premis dikenakan tindakan tutup (sealed) menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976, 3 aktiviti tanpa lesen dikompaun di bawah UUK 3(1), Undang- Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016 dan 2 notis kompaun pembantu premis tanpa kebenaran di bawah UUK 20(1)(b), undang-undang yang sama.
 
Tindakan sita telah dilakukan melibatkan lebih kurang 350 barangan makanan dan peralatan perniagaan seperti stall beroda, rokok seludup, bateri, rak peraga, tong biru, air mineral, kasut, selipar, makanan ringan dan lain-lain peralatan.
 
Kesemua barang sitaan telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.
 
Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL.
 
Warga kota diminta untuk terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada DBKL terus secara dalam talian ke adukl.dbkl.gov.my.
DBKL_TERUSKAN_TINDAKAN_TERHADAP_WARGA_ASING
DBKL_TERUSKAN_TINDAKAN_TERHADAP_WARGA_ASING2
DBKL_TERUSKAN_TINDAKAN_TERHADAP_WARGA_ASING3
DBKL_TERUSKAN_TINDAKAN_TERHADAP_WARGA_ASING4
Skip to content