DBKL Tutup Kilang Roti Kotor Dan Jijik

DBKL hari ini, 24 September 2020 (Khamis) telah bertindak menutup sebuah premis kilang roti di Jalan Kuchai Lama.
 
Dengan kekuatan 6 orang anggota, hasil pemeriksaan mendapati :
 
Tahap kebersihan premis tidak memuaskan di mana bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai;
 
Lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam;
 
Pengendali makanan sebanyak 10 orang (6 orang warga asing ) semua mempunyai suntikan tifoid;
 
Peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang;
Menggunakan sumber air dari tandas yang kotor; dan
 
Terdapat kesan hurungan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah.
Sehubungan dengan itu, Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 September 2020 telah dikeluarkan.
 
Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.
ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN