DBKL Tutup Rumah Urut Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran

Kuala Lumpur | Sabtu, 20 Februari 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Ke Atas Premis Rumah Urut di Laman Rimbunan Kepong, Kuala Lumpur pada tengah malam tadi (Jumaat, 19 Februari 2021).
 
Menerusi siasatan dan risikan oleh DBKL, mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi berkenaan. Hasil serbuan, premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen perniagaan rumah urut. Tindakan penguatkuasaan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan premis telah ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
 
Tindakan sita turut dibuat ke atas pelbagai peralatan melibatkan monitor, CCTV Recoders, CCTV, kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan.
 
Hasil serbuan di premis berkenaan, seramai 9 orang wanita tukung urut (disyaki pekerja seks) warganegara Vietnam dan 1 orang warga tempatan sebagai penjaga premis telah ditahan bagi proses dokumentasi DBKL.
 
Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan mengikut bidang kuasa serta S.O.P DBKL.
 
Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
 
Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link berikut:
 
DBKL Tutup Rumah Urut Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran1
DBKL Tutup Rumah Urut Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran2
DBKL Tutup Rumah Urut Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran3
DBKL Tutup Rumah Urut Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran4
ms_MYMS