Datuk Bandar Kuala Lumpur Sertai Mesyuarat Agung Metropolis Secara Atas Talian

KUALA LUMPUR, 30 November 2020 – Telah berlangsung malam tadi satu Mesyuarat Agung Metropolis yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi zoom di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sekretariat Metropolis di Barcelona.
 
Kuala Lumpur adalah antara bandar raya yang menjadi ahli Metropolis telah dijemput bagi sesi pengundian Metropolis Board of Directors.
 
Delegasi Kuala Lumpur telah diketuai oleh YBhg. Datuk Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
 
Turut serta dalam mesyuarat ini adalah YBrs. Tuan Hj. Nurazizi Mokhtar, Pengarah Eksekutif (Perancangan) dan pegawai – pegawai kanan DBKL. Sesi mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 11:00 malam.
mesyuarat-agung-metropolis-1
mesyuarat-agung-metropolis-3
mesyuarat-agung-metropolis-2
mesyuarat-agung-metropolis-4
en_GBEN