DBKL dan PDRM Serbu Pusat Urut GAY dan 2 Premis Urut Yang Menawarkan Aktiviti Pelacuran

Kuala Lumpur | Sabtu, 10 April 2021 –Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Rumah Urut di tiga lokasi berasingan iaitu di Kepong Baru, Taman Melati Utama Setapak dan Jalan Lombong Taman Miharja, Kuala Lumpur pada lewat malam tadi (Jumaat, 9 April 2021).
 
Menerusi aduan dan maklumat yang diterima, DBKL telah membuat siasatan serta risikan awal dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi-lokasi berkenaan. Hasil serbuan yang dijalankan terhadap premis-premis tersebut mendapati dua premis tidak mempunyai lesen perniagaan rumah urut. Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 2 notis kompaun UUK 3(1), 1 notis kompauan UUK 20(1)(b) dan 1 notis kompauan UUK 20(1)(e) di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan penutupan serta merta 3 premis telah dibuat mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
 
Tindakan meroboh dan memecah sekatan terhadap 25 struktur dinding yang dijadikan bilik tanpa kelulusan menerusi Seksyen 79, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan tindakan sita ke atas 53 pelbagai peralatan turut dilakukan (kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan).
 
Hasil semakan di 3 premis berkenaan, seramai 5 orang wanita tukang urut (disyaki pekerja seks) dan 4 orang lelaki (GAY) terdiri daripada warganegara Vietnam, Indonesia, Pakistan dan 2 orang warga tempatan sebagai penjaga premis telah di tahan untuk tindakan pihak PDRM setelah diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL.
Tindakan ini dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, bidang kuasa serta S.O.P DBKL dan pihak PDRM.
 
Operasi dan kerjasama daripada agensi sahabat ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
 
Warga kota disaran untuk terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak DBKL secara atas talian seperti berikut:
 
http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do
DBKL_dan_PDRM_Serbu_Pusa_Urut_GAY
169949172_2611449099148240_8334287402956245013_n3
DBKL_dan_PDRM_Serbu_Pusa_Urut_GAY1
DBKL_dan_PDRM_Serbu_Pusa_Urut_GAY2
en_GBEN