DBKL Jalin Kerjasama Dengan Kolej Baitulmal

Seramai 10 orang pelajar Sijil Profesional Pengurusan Strata Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) terpilih menjalani latihan industri di DBKL. Kesemua mereka merupakan kumpulan perintis melalui kerjasama strategik di antara DBKL dan KPBKL.
 
Sesi Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara DBKL yang diwakili oleh YBhg. Datuk TPr. Sulaiman Mohamed, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL dan KPBKL yang diwakili oleh YBrs. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan berlangsung pagi tadi di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
 
Terdahulu YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur menyampaikan ucapan. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Yusri Mohamad, Pengerusi KPBKL dan YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman Mat Salleh, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL.
244537378_401290498226312_3814831585279541321_n
240525096_401290558226306_8875213308811257975_n
241455221_401291558226206_6410736547415203876_n
244013488_401291471559548_8325776905763134750_n
en_GBEN