Iklan Jawatan Kosong Pelbagai Skim

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A. JAWATAN
  1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (KONTRAK/TETAP)
  2. AHLI MUZIK GRED B29 (KONTRAK)
  3. ARTIS BUDAYA (PENARI) GRED B19 (KONTRAK)
  4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (KONTRAK/TETAP)
  5. PEMBANTU AWAM (PENYELENGGARA RUMAH REHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR) DI LEGOLAND, JOHOR GRED H11 (KONTRAK/TETAP)

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

C. CARA MEMOHON

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting PROCUREMENTS .
  2. Calon yang mempunyai Diploma dan Sijil hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  3. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, PT3, PMR, sijil-sijil dan lesen memandu atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

CATATAN

  1. Borang Permohonan secara atas talian (accessible) yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

TARIKH IKLAN DIBUKA : 13 NOVEMBER 2021 (SABTU)

TARIKH IKLAN DITUTUP : 27 NOVEMBER 2021 (SABTU)

en_GBEN