Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Bangunan Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Di Kafe Jalan Bandar, No.8, Leboh Pudu, 50000 Kuala Lumpur (Kawasan Segitiga Bangkok Bank) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

Pelawaan dibuka kepada mana-mana perniagaan/ syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang beralamat di sekitar Lembah Klang sahaja untuk menyewa bangunan milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di Kafe Jalan Bandar, No.8, Leboh Pudu, 50000 Kuala Lumpur bagi tempoh tiga (3) tahun. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

Wajib

(i) Borang permohonan sewa
(ii) Dokumen sokongan wajib (Rujuk Perkara 2 Borang Permohonan Sewa)

Pilihan (Wajib ada sekurang-kurangnya salah satu dokumen)

(i) Kertas cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa); atau/dan
(ii) Slideshow pembentangan bagi cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa) 

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

B. TEMPOH IKLAN DAN PERMOHONAN

Tempoh penerimaan permohonan adalah mulai 10 September 2021 (Jumaat) hingga 30 September 2021 (Khamis) di alamat seperti berikut:

Untuk sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi : 

Sr Khadijah binti Hussin                 03-26171000/ 03-26171108

Noradila binti Sulaiman                  03-26171000/ 03-26171114

en_GBEN