Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Bangunan Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Di Kafe Jalan Bandar, No.8, Leboh Pudu, 50000 Kuala Lumpur (Kawasan Segitiga Bangkok Bank) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Bangunan Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Di Kafe Jalan Bandar, No.8, Leboh Pudu, 50000 Kuala Lumpur (Kawasan Segitiga Bangkok Bank) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Pelawaan dibuka kepada mana-mana perniagaan/ syarikat Bumiputera yang berdaftar dan beralamat di sekitar Lembah Klang untuk menyewa bangunan milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di Kafe Jalan Bandar, No.8, Leboh Pudu, 50000 Kuala Lumpur bagi tempoh tiga (3) tahun. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
Wajib
(i) Borang permohonan sewa (ii) Dokumen sokongan wajib (Rujuk Perkara 2 Borang Permohonan Sewa)
Pilihan (Wajib ada sekurang-kurangnya salah satu dokumen) (i) Kertas cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa); atau/dan (ii) Slideshow pembentangan bagi cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa)
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempoh penerimaan permohonan adalah mulai 11 Februari 2021 (Khamis) hingga 3 Mac 2021 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengah hari di alamat seperti berikut:
Unit Pengurusan Fasiliti dan Pembelian Property Management and Valuation Department Kuala Lumpur City Hall Tingkat 3, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi :