Insentif MY30 Kepada Warga Kerja DBKL

YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan menyempurnakan gimik penyampaian Insentif MY30 kepada warga kerja DBKL dalam satu sesi secara hybrid dalam talian tengah hari tadi.
 
Kad perjalanan MY30 menawarkan perjalanan tanpa had RM30 untuk tempoh 30 hari bagi perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Bhd.
 
Insentif ini sebagai galakan kepada warga kerja DBKL untuk menggunakan pengangkutan awam dan menyokong usaha ke arah karbon neutral di Kuala Lumpur.
 
Beliau turut menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2018 kepada warga DBKL yang telah menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugasan rasmi dan aktif menyumbang dalam aktiviti luar tugasan rasmi.
 
Turut hadir YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
242317474_2726882327604916_8932151473366853415_n
242334748_2726882430938239_3978660157437245957_n
242428949_2726882370938245_8752382853015463765_n
242218853_2726882464271569_6129067821269441809_n
en_GBEN