Profil Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)

Background Department

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melaksanakan kursus dan latihan untuk kakitangan DBKL sejak tahun 1979 di bawah Bahagian Latihan Jabatan Personel. Kursus- kursus yang dilaksanakan di peringkat awal adalah berkaitan dengan bidang penguatkuasaan dan sistem kerja jabatan-jabatan di DBKL. Pada 1 Jun 1982, sebuah bangunan Institut Latihan Kakitangan DBKL (IDB) telah dibina dan beroperasi di Jalan Kepong, Jinjang. Pada 1 Julai 2011 IDB telah berpindah di Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak Cheras.

Selaras dengan hasrat untuk mengukuhkan peranan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang bukan sahaja menawarkan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan warga DBKL, pentadbiran DBKL telah memutuskan agar IDB akan melapor terus kepada Pengarah Eksekutif (Pengurusan) bagi memperkasa peranan IDB dalam bidang pembangunan dan penyelidikan berkuatkuasa pada 2 Januari 2020.

Vision

Menjadi peneraju pusat latihan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang cemerlang dalam menyediakan khidmat latihan dan rujukan dalam bidang perkhidmatan perbandaran

Mision

Beriltizam merancang, mengurus dan melaksana program latihan yang berkualiti, bersistematik dan responsive berteraskan amalan terbaik bagi melahirkan warga kerja yang kompeten dan berintegriti dalam memberi perkhidmatan perbandaran yang cemerlang.

Contact Us

  • Telefon: 03-9195 5555
  • Faks: 03-9131 4005 / 4006
  • Emel: idb[at]dbkl[dot]gov[dot]my
  • Alamat: No. 19, Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur

Objectives

  1. Melatih dan memperlengkap warga kerja DBKL sebagai contoh terbaik.
  2. Memberikan perkhidmatan latihan yang berkualiti, responsif dan menepati keperluan fungsi DBKL selari dengan dasar / polisi semasa kerajaan dengan memberi penekanan kepada realiti sebenar isu perbandaran.
  3. Memberi pendedahan antarabangsa bagi membuka peluang warga kerja DBKL membina jaringan perhubungan professional yang lebih luas.
  4. Menjadi pusat rujukan, pusat perkongsian ilmu pengetahuan, forum pertukaran maklumat dan amalan kerja terbaik untuk Pihak Berkuasa Tempatan.

Fungsi-fungsi jabatan secara keseluruhan adalah seperti berikut :-

  1. Perkhidmatan latihan kepada warga kerja DBKL
  2. Perkhidmatan sewaan fasiliti
  3. Latihan Industri/ Praktikal kepada pelajar IPT

Fungsi-Fungsi Unit-Unit / Bahagian-Bahagian Jabatan

en_GBEN