Profil Jabatan Integriti
Background Department
Unit Integriti pada asalnya merupakan salah satu daripada fungsi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang menguruskan isu integriti dan tatatertib pegawai dan kakitangan DBKL.
Namun begitu, selaras dengan keputusan kerajaan Jabatan Integriti DBKL ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dan diletakkan di bawah seliaan Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ini bertujuan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di peringkat DBKL.
Jabatan ini bertanggungjawab memantau pematuhan undang-undang, dasar dan garis panduan berkaitan pengurusan disiplin pegawai dan kakitangan bagi mengukuhkan integriti DBKL. Di samping itu, Pegawai Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan tindakan risikan dan siasatan terhadap aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai dan kakitangan DBKL.
Vision
Melahirkan warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berintegriti tinggi menjelang tahun 2020.
Mision
Melaksanakan fungsi Pengurusan Integriti dengan tadbir urus yang berkesan berasaskan pelaksanaan amalan pengurusan terbaik.
Contact Us
- Telefon: 03-2028 2464
- Faks: 03-2604 0579
- Emel: jit[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 6, Menara DBKL 2 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Jabatan ini melaksanakan 6 fungsi teras iaitu:
- Unit Siasatan
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. - Unit Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. - Unit Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. - Unit Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. - Unit Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan. - Unit Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
CLIENT CHARTER
- Memastikan semua aduan salah laku pegawai dan kakitangan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Menyiapkan kes siasatan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh penerimaan fail penyiasatan oleh Pegawai Penyiasat.
- Mengadakan prosiding Lembaga Tatatertib Bebas dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan kes.
- Melaksanakan program pemantapan integriti sekurang-kurangnya 24 kali setahun.
- Mengadakan Mesyuarat JITU peringkat DBKL 3 kali setahun.
- Mengadakan sekurang-kurangnya 10 kali naziran pematuhan.