Profail Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan

Background Department

Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan adalah sebuah jabatan yang berfungsi terhadap kawalan perniagaan yang terlibat di dalam pengendalian, pengeluaran lesen dan tindakan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan penjaja di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jabatan ini mengeluarkan lesen premis perniagaan, iklan, hiburan, penjaja dan peniaga kecil, tempat letak kereta, lesen minuman keras, dan lesen pelbagai serta menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh jabatan ini.

Vision

Berusaha dan bersatu tenaga secara produktif, efisien dan berkualiti bagi melahirkan perkhidmatan jabatan yang sentiasa cekap dan profesional

Mision

Meningkatkan keupayaan dan daya usaha ke arah mewujudkan komuniti perniagaan formal dan tidak formal yang profesional dan berdisiplin bagi memajukan perkembangan ekonomi dalam membantu mencapai visi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia

Contact Us

OBJECTIVE

Memastikan proses permohonan dan keputusan bagi semua jenis lesen perniagaan dilaksanakan mengikut piagam pelanggan serta memastikan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara sistematik dalam membantu membangunkan perkembangan perniagaan secara terkawal.

FUNCTION

  1. Mencadang penggubalan dasar dan melaksanakan dasar pelesenan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran DBKL
  2. Memproses dan mengeluarkan lesen premis perniagaan kepada premis perniagaan, penjaja dan peniaga kecil, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras dan lesen pelbagai berpandukan kepada syarat dan peraturan DBKL sebagai penguasa tempatan
  3. Menguatkuasa undang-undang dan syarat-syarat semua lesen yang dikeluarkan oleh jabatan untuk mewujudkan aktiviti dan komuniti perniagaan yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab
  4. Mengawal dan memastikan amalan budaya sihat dalam komuniti perniagaan formal dan tidak formal
  5. Merancang keperluan dan pembangunan pasar dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi
  6. Merancang serta menggalakkan pertumbuhan sektor perniagaan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi disamping mewujudkan suasanan perniagaan yang bersih, sihat dan teratur serta mengekalkan keindahan Kuala Lumpur
  7. Bertindak sebagai sebuah jabatan pemungut hasil DBKL dan kerajaan persekutuan melalui kutipan fi lesen dan cukai hiburan
en_GBEN
en_GBEN ms_MYMS