Profil Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar

Background Department

Pada tahun 2015 Perpustakaan Kuala Lumpur telah bergabung dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK). Selaras dengan perubahan semasa, mulai 1 Januari 2018 Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah diwujudkan setelah berlakunya penggabungan dan penstrukturan semula antara Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti bersama Jabatan Perkhidmatan Kawasan. Pada tahun 2019 Bahagian Pengurusan Rekod telah digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar bagi memperkasakan peranan dan tangungjawab Jabatan supaya berkemampuan untuk menyediakan sistem penyampaian yang lebih cekap dan efisyen kepada warga kota Bandar Raya Kuala Lumpur.

Vision

1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan ke arah mensejahterakan bandar. 2. Menjadikan komuniti bandar yang terunggul dan sejahtera.

Mision

1. Mewujudkan komuniti bandar yang terunggul menerusi penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cemerlang dan berkualiti. 2. Mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti melalui perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu antara organisasi bersama warga kota.

Contact Us

Objectives

  1. Mengurus dan menyelenggara perumahan awam untuk memberi keselesaan kepada penghuni – penghuni.
  2. Mewujudkan suasana kemasyarakatan yang harmoni, sihat, bekerjasama dan bertanggungjawab.

Functions

  1. Mengurus dan menyelenggara Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR)
  2. Mengurus pendaftaran permohonan rumah sewa melalui Sisteme-Perumahan secara on-line
  3. Mengurus pemilihan dan tawaran kemasukan penyewa yang layak
  4. Mengurus hal berkaitan penjualan rumah kos rendah dan sederhana DBKL dan bertindak sebagai pemaju sebelum penubuhan Joint Management Body (JMB)/ Management Corporation (MC) di PA/ PPR
  5. Mewujudkan suasana harmoni di kalangan penghuni dengan menyediakan kemudahan dan bantuan program-program sosial dan keagamaan untuk dimanfaatkan oleh warga Bandar
  6. Membangunkan komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merangkumi aspek pendidikan, pembangunan modal insan, perkhidmatan sosial dan membasmi kemiskinan Bandar
  7. Melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada penduduk setempat dengan efisyen dan berkesan
en_GBEN