Profail Jabatan Penguatkuasaan

Background Department

15 September 1969 – Skuad Pemusnah (Demolition Squad) telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 1 orang pegawai berpangkat Inspektor dan 8 orang anggota. Skuad ini ditugaskan untuk meroboh setinggan-setinggan yang didirikan di atas tanah kerajaan di Kuala Lumpur.

1970 – Suruhanjaya Ibukota telah melantik seramai 48 orang bekas anggota Polis dan Tentera sebagai Pasukan Penguatkuasa Ibukota. Tugas dan tanggungjawab pasukan ini adalah mengawal pertumbuhan setinggan baru dan aktiviti penjaja tanpa lesen di sekitar ibukota.

1974 – Seiring dengan pengisytiharan naik taraf Kuala Lumpur sebagai bandaraya, Pasukan Penguatkuasa telah di isytiharkan sebagai Pasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Jabatan Urustia. Pasukan ini ditempatkan di Jalan San Peng.

1975 – Atas nasihat Bank Dunia (World Bank), Unit Trafik Warden telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 40 orang untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang melibatkan kesalahan lalulintas statik dan bergerak.

1976 – Unit Trafik Warden diletakkan dibawah Jabatan Pengurusan Lalulintas.

1978 – Unit Penguatkuasa Perumahan ditubuhkan dengan kekuatan 100 orang anggota dan diletakkan di bawah Kementerian Wilayan Perseketuan dengan dikawal selia oleh Unit Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Unit ini bertanggungjawab melaksanakan tindakan keatas setinggan-setinggan.

31 Disember 1981 – Unit Trafik Warden dibubarkan.

1 Januari 1982 – Unit Penguatkuasa Khas yeng terdiri daripada bekas Trafik Warden ditubuhkan untuk menguatkuasakan Undang-undang berhubung kesalahan halangan dan kekotoran ditempat awam dan jalan awam. Unt ini di letakkan di bawah Urustia Bandaraya.

2 Ogos 1982 – Pengambilan Anggota Penguatkuasa Wanita Pertama : Seramai 39 Orang wanita telah dilantik, 19 orang ditugaskan di unit Penguatkuasa Khas sementara 20 orang lagi ditugaskan di Unit Kawalan Penjaja dan Keselamatan.

15 Julai 1983 Unit Penguatkuasa Perumahan, Unit Penguatkuasa Penjaja dan Unit Penguatkuasa Khas telah digabungkan menjadi satu jabatan yang dikenali sebagai Direktorat Penguatkuasaan.

14 Februari 1985 – Pasukan Pancaragam telah ditubuhkan.

1 Februari 1989 – Unit Berkuda telah ditubuhkan.

1 Februari 1992 – Skuad Penyelamat telah ditubuhkan.

15 Mei 2006 – Nama Direktorat Penguatkuasan telah ditukar kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasan.

1 Julai 2011 – Seiring dengan pengstukturan semula organisasi DBKL, nama Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan telah ditukarkan kepada Jabatan Penguatkuasaan.

9 Oktober 2013 – Unit Berbasikal ditubuhkan.

Vision

Kearah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya bertaraf dunia melalui penguatkuasaan undang-undang.

Mision

1. Merancang, menyelaras dan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah, berkesan dan berterusan. 2. Menyelaras dan menggerakkan pegawai dan kakitangan sebagai tenaga kerja yang beretika, berintergriti, berakauntabiliti, berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang efisyen, mapan dan berkesan.

Contact Us

OBJECTIVE

  1. Memastikan dasar-dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dicapai sepenuhnya melalui tindakan penguatkuasaan.
  2. Memacu masyarakat Kuala Lumpur supaya bersikap lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualitI alam sekitar, keselamatan, keselesaan dan keharmonian.
  3. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan lebih berintegriti melalui tindakanpenguatkuasaan sejajar dengan MISI Jabatan.

FUNGSI-FUNGSI JABATAN

  1. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lalulintas, tempat letak kereta elektronik, penjaga kereta tanpa kebenaran, ingkar menggunakan jejantas dan halangan/pelanggaran isyarat lalulintas.
  2. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan kekotoran di tempat awam, jalan awam, tapak pembinaan dan kawasan perumahan Awam DBKL.
  3. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan halangan di tempat awam dan jalan awam.
  4. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan aktiviti penjajaan iaitu penjaja berlesen, penjaja tanpa lesen, penjaja warga asing dan pembinaan struktur perniagaan tanpa kebenaran.
  5. Membanci, memindah dan melaksanakan tindakan pembersihan setinggan.
  6. Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan di Taman-Taman Awam dan Dataran Merdeka.
  7. Membantu Pejabat-Pejabat Cawangan DBKL dan Jabatan Pengurusan Perumahan di dalam pelaksanaan tindakan penguatkuasaan.
  8. Menyediakan dan memberi perkhidmatan kawalan keselamatan fizikal ke atas harta benda Datuk Bandar.
  9. Memberi perkhidmatan bantuan menyelamat apabila berlaku sebarang bencana dan bertindak sebagai Sekretariat Bilik Gerakan Pusat Bantuan Bencana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PERWAKILAN KUASA

ACTS

  1. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
  2. Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  3. Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  4. Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
  5. Akta Hotel 2003.

UNDANG – UNDANG KECIL

  1. Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
  2. Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Saiz, Warna dan Jenis) 1959.
  3. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Wilayah Persekutuan) 1981.
  4. Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982.
  5. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. (
  6. Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1984.
  7. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1986.
  8. Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1989.
  9. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1990.
  10. Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.
  11. Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997
  12. Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2000.
  13. Undang-Undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.
  14. Undang-Undang Kecil Establisymen Kecantikan dan Kesihatan (Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur)2003.
  15. Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012.
  16. Undang-Undang Kecil Larangan Meludah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.

1: SKUAD PENYELAMAT

Perkhidmatan yang diberikan :-

  1. Menjalankan kerja-kerja bantuan menyelamat apabila berlakunya kejadian bencana banjir, tanah runtuh, kebakaran kawasan setinggan, pokok tumbang dan lain-lain;
  2. Menyelaraskan kerja-kerja bantuan pemindahan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran kawasan setinggan dan lain-lain;
  3. Berkerjasama dan memberi bantuan kepada agensi-agensi penyelamat yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM, PDRM, SMART, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain;
  4. Memberi bantuan kemahiran untuk operasi penguatkuasaan;
  5. Mengerakkan bilik bantuan bencana pusat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila sesuatu kejadian bencana; dan
  6. Menyelaraskan bantuan logistik apabila berlakunya bencana

Masa Operasi: 24 Jam 

Alamat : Skuad Penyelamat, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Ismail, 50450 Kuala Lumpur.

Telefon : 603 – 4026 7222 / 603 – 4024 4424

2: PERSEMBAHAN PANCARAGAM

Perkhidmatan yang diberikan:- 

  1. Mengadakan persembahan semasa majlis-majlis rasmi atau acara-acara yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), lain-lain agensi kerajaan/swasta dan juga NGO.

Kadar bayaran perkhidmatan Pasukan Pancaragam:

Alamat : Pasukan Pancaragam, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan San Peng, 55200 Kuala Lumpur.

Telefon : 603 – 9221 9077

Kadar bayaran perkhidmatan Pasukan Pancaragam

pancaragam1

kombo

drum

rebana

fanfare

kompang

3: TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA

Perkhidmatan: 

Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam

Operating Time

24 Hours

Alamat Tuntutan:

Unit Pengurusan Sitaan Dan Tunda
(Kenderaan ditunda),
Enforcement Department,
Kuala Lumpur City Hall,
Lot 456 (Bersebelahan Perumahan Awam Sri terengganu),
Jalan Sentul, Sentul Selatan,
51000 Kuala Lumpur

Telephone:03 – 4041 7705 / 4041 7706
No Whatsapp:013 – 666 3255

According to the Road Transport Methods Amendments 2012, Road transport Act 1987, fees for Clamping, Removal and Detaining of Motor Vehicles are as follows:

NOJENIS KENDERAAN PENGAPITAN (CLAMPING)PENGALIHAN (REMOVAL) PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI / PER DAY
KOMPAUN
 1.Motorcycle & three wheeled motorcycle RM 20.00 RM 30.00RM 50.00RM 100.00
(Mengikut kesalahan)
 2.Motorcar RM 50.00 RM 100.00 RM 100.00RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut kesalahan)
 3.Bus, lorry weighing not more than 3000 kg. without load RM 100.00 RM 300.00 RM 200.00RM 100.00
RM150.00
(Mengikut kesalahan)
4.Tanker, treler dan jenis kenderaan yang lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3000 kilogramRM 150.00RM 400.00RM 300.00RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut kesalahan

Documents Needed When Claiming:

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan(Geran)
  2. Original vehicle cover note (Insurance)
  3. Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik

Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa :

  1. A copy of the vehicle registration card or the cover note (Insurance)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan.

Should the vehicle be involved with a Police case the following documents must be submitted:-

  1. A copy of the police report
  2. A copy from the related Investigating Officer
  3. A Court Order

4: TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN BURUK / TERSADAI

Perkhidmatan: 

Menunda kenderaan buruk/tersadai melalui rondaan dan aduan awam

Operating Time

Monday - Thursday

: 8.00 pagi – 10.00 malam

 

Friday

: 8.00 pagi – 12.15 t/hari
 Saturday - Sunday
Cuti Am
: 8.00 pagi – 10.00 malam
Alamat Tuntutan:Salak South Abandoned Vehicles Depot,
Enforcement Department,
Kuala Lumpur City Hall,
Lot 4428 Jalan Besar Salak Selatan,
57100 Kuala Lumpur
 
Telephone:603 7982 1010 

According to the Road Transport Methods Amendments 2012, Road transport Act 1987, fees for Clamping, Removal and Detaining of Motor Vehicles are as follows:

 NOJENIS KENDERAAN ANGKUTPENAHANAN (DETANTION)
SEHARI / PER DAY
KOMPAUN
 1.Motorcycle/3 WheelsRM 50.00 RM 10.00RM 100.00
 2.Kenderaan KeretaRM 100.00 RM 10.00RM 100.00
 3.Bas / Lori / Treler / KontenaRM 250.00 RM 10.00RM 100.00

Documents Needed When Claiming:

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan(Geran)
  2. Original vehicle cover note (Insurance)
  3. Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik

Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa :

  1. A copy of the vehicle registration card or the cover note (Insurance)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan.

Should the vehicle be involved with a Police case the following documents must be submitted:-

  1. A copy of the police report
  2. A copy from the related Investigating Officer
  3. A Court Order

5: SITAAN BARANG PENJAJA DAN PINDAH HALANGAN TEMPAT AWAM

Perkhidmatan: 

Tempat Penyimpanan barang-barang sitaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 1989.

Operating Time

Monday - Thursday

: 8.00 pagi – 10.00 malam

 

Friday

: 8.00 pagi – 12.15 t/hari
 Saturday - Sunday
Cuti Am
: 8.00 pagi – 10.00 malam
Alamat Tuntutan:Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda,
Enforcement Department,
Kuala Lumpur City Hall,
Jabatan Lombong Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur
 
Telephone:603 9282 2540 

1. Tempoh Tahanan :

Ketetapan tempoh tahanan berdasarkan kepada kasalahan mengikut pertuntukan undang-undang seperti berikut:-

1.1 Seksyen 46 Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974

jadual_1

1.2 Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan gerai (WPKL) 1989

jadual_2

2. Tuntutan :

2.1 Bagi aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh bukan warganegara, semua peralatan yang berkaitan tidak dibenarkan untuk dituntut dan        terus dirujuk kepada Lembaga Pelupusan.

2.2 Kenderaan yang disita hanya boleh dituntut oleh pemilik berdaftar, walaupun digunakan oleh bukan warganegara semasa tindakan diambil. Tempoh tuntutan adalah selepas 24 jam setelah bayaran dijelaskan.

3. Tuntutan Barang Tidak Tahan Lama/Mudah Rosak:

Barang-barang yang dipindah/sita dan tidak tahan lama/mudah rosak boleh dituntut dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dituntut, Jabatan berhak melupuskan terus barangan tersebut selepas 24 jam dalam tahanan.

4. Caj Penahanan Dan Kadar Kompaun Terhadap Barang Dipindah/Sita:

4.1 Caj Penahanan dan kadar kompaun barang-barang yang dipindah mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974

jadual_3

4.2 Caj Penahanan dan kadar kompaun terhadap barangan yang disita mengikut jadual kedua UUK Pelesenan Penjaja Dan Gerai (WPKL) 1989

kompaun

en_GBEN
en_GBEN ms_MYMS